Rabu, 30 September 2009

Tauladan Dan Pengajaran Dari Kisah Mistik

Kisah-kisah yang dipaparkan di laman Kisah Mistik ini adalah berdasarkan kisah yang benar yang diceritakan semula oleh para perawat Perubatan Mistik. Tujuannya supaya kita dapat mengambil iktibar daripada pengalaman-pengalaman pahit yang telah dilalui oleh pesaki-pesakit dan ahli keluarganya dan sentiasa sedar dan berwaspada bahawa iblis dan syaitan sentiasa mencari peluang untuk menyesatkan umat manusia.

Iblis berkata, “Karena Engkau telah menghukum saya tersesat, saya benar-benar akan (menghalangi-halangi) mereka dari jalan Engkau yang lurus. Kemudian saya akan mendatangi mereka dari muka dan dari belakang mereka, dari kanan dan dari kiri mereka. Dan Engkau tidak akan mendapati kebanyakan mereka bersyukur (ta’at).” (QS. Al-A’raaf:16-17)


“Sesungguhnya syetan itu adalah musuh yang nyata bagimu, maka anggaplah ia musuh(mu), karena sesungguhnya syetan-syetan itu hanya mengajak golongannya supaya mereka menjadi penghuni neraka yang menyala-nyala.” (QS. Fathir: 6)

Harapan kami agar mereka-mereka yang mengalami gangguan-gangguan yang sama tidak buntu akal dan tidak sekali-kali memilih untuk merawat dengan kaedah syirik atau kaedah yang meragukan. Ingatlah bahawa Syirik itu adalah dosa terbesar di antara dosa-dosa besar. Nauzubillahiminzalik.